Thursday, 20 June 2013

Peach Puding Trifle

Bahan²nye


3 sudu besar Tepung Kastard
1 tin Susu Cair
1 tin Air
1 pek Kek Gulung
1 tin Buah Peach
1 pek Jelly Strawberry

Step 1


Susun Kek Gulung dalam dulang, mampatkan kek td supaya tiada ruang kosong.

Step 2


Bancuh 3 sudu besar tpg kastard + 1 tin susu cair + 1 tin air.. kacau smpai tak berketul...


Masak atas api serdahana + 1 senduk gula smpai pekat, kacau selalu kay..


Ratakan bancuhan kastard tadi.


Seterusnye susun buah atas bancuhan kastard tadi. Tekan sikit buah tu ye.. kang terapong pulak buah tu..

Step 3


Masak Jelly.. ikut arahan kat kotak ye..


Ok.. biler jelly dah larutt... tutup api... then boleh terus tuangkan atas bancuhan puding custard & peach tadi dan pastikan jelly menutupi puding & peach sepenuhnya..


Sejukkan dulu eh!!



Monday, 17 June 2013

Dodol

Senangnye Wat DODOL..


Bahan-bahannya:
1 cwn gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)
1 cwn air
(Semua bahan dicampur sekali dan dimasak hingga gula larut dan tapiskan)


1 cwn tepung pulut
2 cwn santan pekat
(Gaul tepung + Santan)

Cara-cara membuatnya:
Masukkan tepung pulut dan santan kedalam larutan air gula tadi dan kacau hingga semua bahan bergaul rata.
Kacau larutan tadi hingga menjadi pekat dan teruskan mengacau sehingga adunan betul-betul masak dan gelembung akan terbentuk.
Masa diambil lebih kurang dalam 20 minit sahaja.
Selepas siap masukkan dodol kedalam bekas bersesuaian dan biarkan sejuk

Thursday, 13 June 2013

Kek Lapis Biskut Marie Cappuccino


Bahan² A:
3 biji telur grade A
110 gm gula kastor
110 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair
1/2 sudu kecilk garam
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan² B:
50 ml minyak jagung/masak
Pewarna merah, kuning dan oren - ikut suka
Biskut merry secukupnya - perasa Cappuccino

Cara-Cara :
1. Didihkan air dalam periuk kukusan.
2. Kemudian campur kesemua Bahan² A, Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dengan spatula hingga sebati.
4. Sapu loyang dengan minyak,Bahagiakan adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan diletak pewarna yang digemari dan dikacau rata.
5. Ratakan adunan pertama dan susun biskut merry diatasnya dan kukus selama 5 minit dengan api sederhana kecil dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu.
6. Buat lagi dengan adunan kedua dan susun biskut diatasnya kukus lagi 5 minit. Dan buat lagi dengan adunan terakhir dan kukus lagi selama 10 minit.
7. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru potong.


Saturday, 8 June 2013

Seri Muka Keladi


1: Kukus Pulut ngan Santan + Garam
  [Santan lebihkan sedikit dari paras pulut]
2: Keladi Dpotong Dadu
3: Rebus Keladi smpai lembut
4: yg ni bahan atas dia + keladi yg drebus td
   - 180 gm tepung gandum
   - 200 gm gula halus
   - 3 biji telur
   - 250 ml santan
   - 400 ml air
   - sedikit pewarna purple
   - sedikit Yam Emulco
5: Masak sehingga naik wap
6: Padatkn pulut tadi
7: Tuang ke atas lapisan
8: Kukus selama 30 minit

Cotton Soft Japanese CheeseCake


1: 250g Cream cheese + 50g butter + 250g milk
   [Panaskn ats api, api pelan je tau]
2: Telur 7 biji [asingkan putih ngan kunen ye]
3: 60g corn starch + 80g cake flour
4: No.1 [tunggu sejuk sket] + mix kunen telur
5: Pastu mskkn bahan No.3
6: Gaul smpai sebati ye
7: Wat meringue mix putih telur, campuq ngan 125g gula
8: Tebalikkn bks meringue, xjatoh [da jadila tu]
9: Bahan No.6 + ngan meringue tadi [sikit² smpai sebati ye]
10: Sapukn minyak pastu letak tepung rata²
11: Bakar pd suhu 180' api atas bawah slama 30minit
12: Dah siap, Jom mamam!!!

Saturday, 25 May 2013

Kueh Lompang

Bahan A
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan air
3 helai daun pandan

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan isi durian (opsyenal)
Sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cawan air

Acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam

Masak bahan A sehingga gula larut, tapis dan sejukkan.

Masukkan 3 cawan air, air kapur dan garam ke dalamnya.

Ayakkan ke semua tepung dan masukkan ke dalam air gula tadi. Kacau rata.

Tapis bancuhan tepung ke dalam kuali untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
(boleh juga di blend kesemua bahan). Kacau seketika di atas api yg kecil sehingga kelihatan agak pekat.

Sapu acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan dan panaskan acuan di dalam pengukus seketika. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

Biarkan kuih betul betul sejuk, barulah dikeluarkan dari acuan. 

Hidangkan bersama kelapa parut + sedikit garam yg dikukus sekejap supaya tahan lama..

Friday, 24 May 2013

Crepe Durian


Bahan-bahan
250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)

Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara
  • Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  • Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  • Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  • Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.